|
. : profile : . kasih sahabat menerbitkan rasa serasi...insya Allah, abadi.. al-kisah..kerana kasihNya, Humairah ditemukan dengan Fania. meski punya latar nan berbeda, namun ia bukan jarak yang meleraikan Humairah~penuntut pengajian undang-undang di salah sebuah universiti tempatan, dan Fania~penuntut pengajian arab dan tamadun Islam di universiti yang sama. sekali.....seiring....menuju redho kasihNya SODIIQATY MIRR ATY.... . : tagboard : . . : Blogs : . . : archives : .
|
![]() |
. : Links : . ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() :: viewer(s) online :: . : Contacts : . Contact Me . : credits : . blogskins annika von holdt Designed by:cherish- |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Apr 7, 2005
Into the dim lit, bare walls of my world, Make a comment Permalink humairah @ Apr 7, 2005 10:20 pm Nov 17, 2004
emmm...monday...tuesday....rabu...khamis....jum'ah.....sabt....ahad...sesaat....seminit.....sejam...sehari...sebulan...berlalu...berlalu....dan terus berlalu....ah, pantasnya masa tak menunggu aku....mehnah dan ujian kemanisan pun turut sama berputaran.......kekadang bagai terasa teramat jauh dari TUHAN..harap bukan begitu...nau'zubillah.....izinkan aku setia mencintaiMU TUHAN! kurniakan kekuatan buatku TUHAN agar aku bisa menongkah denai hidup dengan keredhaanMU......kekadang rasa culas mendepani perjuangan bilamana hanya diri yang memahami lukisan abstrak juang yang begitu kompleks untuk diterjemah dengan sekadar qalam...mujur aku diberi teman...sahabat...yang bisa membangkit rasa juang...dan...paling berharga...memahami.shukran jazeelan katheeran.
Comment (1) Permalink fania @ Nov 17, 2004 11:54 pm Oct 18, 2004
BISIKAN TAQWA Tuhan...hambaMU ini lemah
Comments (3) Permalink fania @ Oct 18, 2004 08:40 pm Sep 8, 2004
tengahari tadi tika sedang terlena, tiba-tiba terdengar ketukan pintu. walau mata kelat mengantuk, namun ku gagahi jua untuk membukanya. aik..takde orang, tetiba ada kepala menjengah dari balik dinding "eh, ada di bilik ye" fania rupanya. dia masuk ke dalam dengan muka antara segan dan letih. "kunci tertinggal dalam bilik". lor...i asked her, "since pukul berapa pintu terkunci tu?" "errk, lebih kurang pukul 12.30" kerling jam...1.30. "laa, dari tadi dok luar? apsal tak ketuk bilik ana?" fania senyum-senyum jawab,"dok bilik yasu. ingatkan enti takde kat bilik". iskhh..ni yang nak marah ni,"tu laa, lain kali ketuk bilik dulu, kalau ada dengar bunyi radio, ada laa penghuni dalam 415 ni" ehehe..leh senyum-senyum lak fania ni. "nak pinjam telekung". tak solat lagi rupenye. ehehe, ana pun sama..lom solat, tertido dari tadi. "amik laa kat situ. solat dulu, ana pi amik kunci bilik enti kat ofis" sampai ofis..alamak, pukul 1.35 laa..ofis tutup, lunch time. balik bilik semula..solat. siap solat, toleh belakang...siannye dia, letih menunggu sampai tertido. terus siap-siap pegi ofis dan amikkan kunci bilik dia.
Make a comment Permalink humairah @ Sep 8, 2004 01:28 am
Sahabat kucintai filLah, Destinasi cinta abadi tiada pernah henti. Alunan sukma iman masih tandus gersang, mendamba curahan manis kasih Robbi di takungan hati. Hikmah kasih sayang sahabat menerbitkan ketakjuban tiada terperi. Anyaman ukhuwwah filLah menjadi hamparan luas terbentang bercorak mahabbah dan syauq pada maghfirah Illahi. Menggetar tiap rasa yang bersemayam di dalam diri. Maha Suci Allah..kasih dan cintaMu yang menaungi ukhuwwah ini. Terdetik di dalam kalbu, betapa indah aturan Yang Satu. Meski jauh beribu batu, namun kita bertemu dalam kembara ilmu. Seusai musim berlalu, hati kita masih bersatu. Bersatu kerana cinta dan rindu. Lorong perjuangan itu masih seperti dulu. alhamdulilLah, bersama tabarih padaNya kau temui hakikat perjuangan ku. Meski, suatu ketika dulu, bentakan sepi hatimu membuatkan lidahku kelu. Ku damba pengertian mu terhadap nilaian mutiara yang gugur itu. Sahabat kucintai filLah, Terima kasih kerana sudi menumpangkan bahumu sebagai tempat ku mengadu, meski kau lenjun dengan airmataku, namun kesetiaanmu menuntun sebak di empangan dada. Sukar untuk ku mendefinisikan ucapan kalbu, biarlah DIA yang menjadi perantara bicara hati antara kita. Comments (2) Permalink humairah @ Sep 8, 2004 01:01 am Sep 3, 2004
Oh jiwa, kalaulah tidak aku bersuci dengan air mata atau kalaulah tidak kelopak mataku bercelak dengan bayangan sakit, tentu aku hidup dengan buta dan pandanganku diselaputi, lalu yang kulihat hanya wajah kegelapan. Oh jiwa, kehidupan ini hanya malam , apabila larut ia berakhir dengan sinar fajar dan fajar akan berkekalan . Dalam kehausan hatiku membuktikan wujudnya "salsabil" dalam tegukan maut yang penyayang. Oh jiwa, kalau ada orang jahil berkata : roh itu sama seperti badan, berakhir dan yang berakhir tidak akan kembali semula, katakan padanya: bunga-bunga juga berakhir tetapi biji-bijinya kekal, begitu jua dengan kewujudan ini. >adaptasi syair 'arabiy Make a comment Permalink fania @ Sep 3, 2004 06:41 am Aug 29, 2004
Sahabat, Pernahkah sahabat perhatikan pada labah2 yg sedang membina sarangnya? Begitu tekun labah ini, dan begitu khusyuk dan bersungguh2 dia melakukannnya dgn penuh susah payah dan penuh kesukaran. Bukanlah mudah membina struktur sekompleks sarang labah2. Sahabat... bukan mudah.... tapi dilaluinya juga kesusahan itu. kerana apa? Kerana itulah " sunnatullah " Kerana itulah fitrah seekor sang labah2 Kerana hendak menjadi pengajaran kpd akal manusia yg mahu berfikir. Sahabat, Begitu juga sifat cinta yg sejati... Ia bukan dibina dgn mudah. ia bukan diperolehi dgn angan2 kosong atau Penantian santai... bukan! Wahai sahabatku.... ia diperolehi melalui usaha yg getir dan penuh dgn duri & ranjau. Sahabat Cinta pada Allah adalah usaha berpanjangan membina diri menjadi insan yg lebih sempurna. Menyempurnakan ilmu melalui pembacaan dan pelajaran yg diperolehi dari arifiin. Menyempurnakan ilmu dgn amalan yg istiqomah. 'Perumpamaan seorang yg berilmu tapi tak mengamalkan ilmu adalah spt pohon yg lebat daunnya tapi tak berbuah'. Dari diri yg sudah mantap pengamalan ilmu itu Datang pula dakwah. menyampaikan pada yg perlu. 'Sampaikanlah walau sepotong ayat'. Along the way, perbagai ujian dan cubaan akan datang menjadi tamu. menjengah menguji si ‘dia'. Apakah tegar cintanya pada Rabbnya... Atau apakah cintanya hanya seperti embun di rantaian sutera labah2? Sahabat, Pernahkan sahabat perhatikan embun yg menumpang malam di rantaian sutera labah2? Sahabatku, itulah 'ibarat cinta dunia. cinta dunia tidak diminta datangnya. Perginya pula seperti juga embun itu. Tatkala datangnya mentari, Maka sirnalah ia dari sutera labah2 tadi... Seperti juga cinta dunia, Pabila datang kematian, Berpisahlah si kaya dgn hartanya. Berpisahlah dia dgn saudara maranya utk dia menjawab soalan mungkar dan nakir. Akan berpisahlah ia dari isterinya yg pernah menjadi tempat ia melafazkan sumpah dan janji setia. Tempat ia meluahkan segala kesetiaan pengabdian. Namun, Yg akan tinggal bersamanya ialah hanya sekelumit mana ia menyimpan cintanya padaAllah... Itulah yg bakal menjadi temannya berhadapan dgn realiti yg pernah didustakannya suatu masa dahulu ketika mana hidupnya di atas dunia dahulu. Sahabat, Itulah cinta dunia. Dan seperti juga embun yg akan menjadi tamu sutera labah2 saban fajar... Begitu juga cinta dunia akan berkerumun Mendekati dan menggoda orang2 yg hatinya sudah diabadikan kpd cinta pada Rabbnya... Ia akan datang dalam perbagai bentuk.... Mungkin dalam bentuk harta2 yg bertimbun2, Mungkin dalam bentuk kekuasaan yg tak terbatas, Mungkin juga berbentuk ladang2 yg luas, Mungkin juga terbentuk dari anak2 yg ramai Mungkin juga terbentuk dari isteri yg terlalu mencintai dunia. Tak siapa tahu apakah bahagiannya. 'Allah memberi petunjuk kpd orang yg diingininya dan menyiksa yg diingininya...'. Sahabat, Hendaklah, kita seperti sutera labah2 itu. Walau kita dikerumuni cinta dunia, Walau kita di hambat angin ujian, Walau kita ditimpa hujan musibah..... Hendaklah kita sehebat sutera labah itu. Hendaklah cinta yg kita bina seperti sutera labah2 itu. Baik dari segi tujuan akan pembinaannya, Mahupun proses pembinaannya. Tujuannya adalah utk memenuhi syiar Allah... Menyempurnakan fitrah kemanusiaan. Proses pembinaan adalah penuh dengan talbiah Ruhiah yg baik diperlengkap dengan kefahaman yg mantap Serta amalan yang istiqomah. Sahabat, Kita berlindung dgn Allah dari tertipu dgn tipu daya nafsu dan syaitan. Hinggakan kita tersilap membina cinta ini, Kita isi cinta yang dibina dgn 'embun dunia'. Bila datang realiti kehidupan, Maka cinta yg telah disulam dengan kata2 manis Dan janji setia itu sirna bertukar menjadi mimpi2 malam yg menagih2 nikmat tidur. Dikhuatiri bila, Kesusahan hidup datang bertamu. Bila masalah sedebu menjadi sebatu... Ketika itulah embun2 segar dunia tadi tersejat dan hilang entah kemana. Yg tinggal hanyalah Kesedihan dan penderitaan. Make a comment Permalink humairah @ Aug 29, 2004 09:24 pm Aug 26, 2004
Sahabat kukasihi fillah,
saat manis bermusafiran bersama....bersantapan bersama.....merenungi alamNYA bersama...tersemat utuh di persada kibdah....sempatku mengenalimu dengan mata jiwa....merimbun dedaunan harapanku sahabat....agar kita saling menerima seadanya....tiap kekhilafan kita semai dengan benih islah.....moga tiap detik yang bakal terhampar lebih baik coraknya dari segala corak semalam....dan moga ia menjadi sebaik-baik zawwad....tika di alam 'sana'.... sahabat....aneka bebunga zikrayat itu....menjadi hias taman fuady....bugar bau laut semalam masih terkesan pada deria akalku.....segalanya indah! memori yang kukutip ini pasti kutitip kemas dikalbu....bersama tulus kasih mewangi....tiadakan luput melainkan DIA meluputkannya....tiadakan sirna melainkan DIA menyirnakannya..! Terima Kasih sahabat! TERIMA KASIH TUHANKU.... CINTA AGUNG SELAMANYA! Comments (2) Permalink fania @ Aug 26, 2004 08:33 pm
A fren.... Make a comment Permalink fania @ Aug 26, 2004 12:31 am Aug 19, 2004
Sahabat kukasihi fillah, aku belajar....aku menadah ilmu dari tiap alkisah yang dilakar pada seluruh detik bermusafiran....tika di mana jua.....inginku katakan.....hakikatnya....dikau miliki 'sesuatu' yang tidak ku miliki......syukuri nikmat 'itu' duhai sahabat......mungkin kudambanya dahulu......namun kini menafsirnya dari lukisan hidupmu...memadai bagiku.........segalanya kuserah pdNYA jua... "DARI TIAP HEMBUSAN SAYU, DARI TIAP KICAU TASBIH BEBURUNG, RAUP SEGALA HIKMAH DARINYA......BIAR MENJADI PEDOMAN DAN GURU DALAM PERJALANAN HIDUP"
Make a comment Permalink fania @ Aug 19, 2004 12:00 pm
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||